It's been few months since aku tak update blog. Nak tukar edit pun malas.
Alhamdulillah tarikh 26 Ogos tahun ni berlalu dengan jayanya. Means aku dah 18 tahun hidup kat bumi ni. Birthday kali ni lain dari yang lain. Oh maksud aku, birthday tanpa family di rumah tapi kat matrik ni aku ada banyak family baru (roommates, schoolmates dan classmates).
Such a beautiful and great memory to be remembered. Semalam bukan main terharu gila, dorang celebrate birthday dengan buat egg prank ye.
Ok ceritanya camni...
Aku bangun awal sebelum subuh nak siapkan assignment, so before tu aku buka la whatsapp. Biasalah kalau masa birthday kita kan sibuk nak tunggu birthday wishes. Dah check dan pun jugak masuk subuh, aku pun siapkan lah diri nak ke kuliah. Since harini birthday, aku plan nak pakai baju favorite yang mama bagi kat aku, the one and only baju kurung pahang pattern bunga yang berwana dark chocolate. Tapi bila Suzy nampak aku pakai baju tu, dia cakap aku ni macam tembaga. Nasib baik lah bukan lembaga ye.
Dah bersiap around 6.30 pagi tu, aku duduk la kat area study dengan harapan Dayah dan Suzy wish but unfortunately tak ada pun! Aku diam ja la dengar lagu manalah tau kan boleh naikkan mood sikit. Mood aku yang normal tukar jadi hyper kejap sebab tiba-tiba hujan. Hmmm... dan aku pun kelam kabut la kutip baju yang aku dah sidai dari semalam. Suzy dan Dayah turun awal sikit, dan aku pulak 5 minit lambat sikit dari dorang.
Turun dekat bawah terserempak dengan Sylvia. Muka dia nampak sakit dan aku rasa nak gelak. But still, aku masih ada perasaan simpati ok kat dia hehe. Kami pun gerak la sama-sama ke dewan kuliah sebab kami ada kuliah subjek Biologi pagi tu. Aku secara jujur nak jugak dengar wish dari Sylvia tapi hampeh. At the end, aku teruskan ja hariku dengan senyuman.
Before class BI start, Emong and the geng dah nyanyi lagu birthday. Buuuuuut, Sylvia tak join nyanyi pun! Aku consider ja la yang dia tak larat nak nyanyi. Tengah take 5, mama whatsapp kat aku.
"Happy birthday kakak.. wish u good luck for ur exam.. miss u.. luv u.."
"Adik2 semua rindu kakak.. adik balik2 suruh kakak balik.."
Masa tu jugak lah aku nangis, air mata mengalir. Panik gila classmate aku semua tetiba nangis. Yalah, first time in my life berjauhan dan sambut birthday tanpa family.
Pastu kami gerak la ke dewan kuliah semula. But then, aku nangis lagi! Sebab mama wish kat Facebook. Malu giler sebab dekat dewan tu ramai gila orang. Aku peluklah Sylvia, at least dia bagi semangat la supaya tak nangis dah.
Then, I went for lunch at Cafe A with them Syasya. Done with that, aku gerak nak balik ke bilik sebab nak kena siapkan task yang Mr. Niyo bagi masa kat kelas tadi. On the way nak ke bilik, aku intai la bilik Winnie, nak jenguk sikit la kan. Tapi, tiada. Aku teruskan langkah ke bilik, siapkan task dan plan pergi ke MP dalam pukul 2.30 petang. Yang aku pelik, si Suzy keluar sebab katanya ada koir. Beberapa kali jugak lah dia tanya pukul berapa aku nak kena ke MP. Aku masih kat bilik, dapat whatsapp dari Suzy lagi..
"Fatin, kau dah gerak ke MP ka?"
Risau bebenor.
Dah pukul 2.15 petang, Suzy pun sampailah bilik dan aku tengah bersiap nak ke MP. Siap urusan kat sana, aku balik ke bilik dan tiduuuur. Since harini hari jumaat, kelas petang and program pun tak ada.
Lepas bangun dari tidur tu, aku agak kelam kabut lah sebab terlajak sikit nak mandi dan cuci baju. Dalam pukul 7 suku malam, Atul datang bilik mengadu yang dia lapar. Aku kata kalau nak makan, lepas solat Isyak la kan. Dah siap solat, kami pun turunlah ke Cafe B dengan tergesa-gesanya sebab dia lapar gila macam orang tak betul dah. Sebelum turun, Sylvia whatsapp,
"Mira, ko ada di bilik ka? Sa mo pigi sana nanti.. Mau minta ajar Chem chapter 1.."
Aku pelik dan jawab ok la kat dia.
Sesudah sampai, aku nampak Syasya dan Syaza ada kat sana dah. Dorang kata dorang nak ke ATM kejap, so aku teman lah Atul tengok lauk-pauk.
Dah duduk siap dengan makanan masing-masing, aku syok sangat dengar cerita si Atul ni sampai aku tak sedar si Syasya dah hilang. Syaza cakap Syasya sakit perut nak ke tandas. Memandangkan Cafe B ni bersebelahan ja dengan blok yang aku tinggal ni, dia ke sana la aku teka. Pastu, Syasya datang balik, kali ni dengan Kal sebab tiba-tiba nak join makan. Kami pun tunggu dia habis makan then baru lah naik ke bilik aku untuk lepak.
Actually aku sebenarnya tak sedap hati nak balik bilik sebab before turun tu, aku ada deal dengan Suzy which is aku kena pilih satu telur daripada dua. Depends dengan nasib jugak lah kan.
Dah sampai bilik, si Suzy dah ada kat luar koridor. Guess what? Dekat dua-dua tangan dia, ada telur. Dia suruh aku pilih antara kiri atau kanan. Kal tiba-tiba bising kata nak rakam kononnya moment terindah!
Aku pun cakap macam ni lah,
"Fine, aku pilih kananlah sebab kanan kan lagi bagus."
Teka apa jadi? Aku pecahkan telur tu kat dahi dan keluarlah cecair tu. Aku tak terkata jugaklah sebab tudung yang aku guna tu baru ja cuci aduhaaaaai. Perkara yang paling lucu lepastu, Dayah keluar dari bilik hulur tuala dengan peralatan mandi aku dan dia offer nak temankan. Aku apalagi terus ke tandas dengan sandal bagai. Masa nak mandi, Dayah sibuk gila nak cerita sampai tak fokus aku apa nak dibuat. Dalam 15 minit lepastu, aku keluar.
On the way nak ke bilik, aku tengok bilik aku apasal gelap semacam? Aku buka pintu dan nampak ada lilin tersusun sepanjang area study sampai lah kat area bilik tidur. Dah macam spiritual event dah rasa! Lagi beberapa cm, aku nak masuk area bilik tidur. Before tu aku disuruh tiup lilin tu sambil merangkak. Aku pun ikut sajalah. Masa merangkak, mata aku tertumpu kat bawah. Sampai area study, aku nampak banyak kaki. Tengok atas... eh Winnie tengah pegang cake! 9 orang yang lain sibuk pegang belon.
Ya Allah dah jadi tempat disko ok area bilik tidur kami tu. Dorang letak speaker besar dan pasang lagu Boombayah. Masuk pun dah, dorang pun nyanyilah lagu birthday. Aku tiup lilin, potong kek, suapkan setiap sorang dan pecahkan belon sambil menari. Suzy dah sapu balik cream kat muka aku, Kal pulak ambik cherry letak kat atas rambut aku. Malam tu 3 kali aku cuci rambut. Sabo ja la.
Ada jugak lah selfie wefie ni tapi tak proper la nak share hehe. Dah selesai, dorang suruh aku bersihkan satu bilik tu. Aku pun dengan pembarisnya pergilah bersihkan sebab dorang masing-masing pun dah terbaring.
Ok selesai cerita.
Aku sambung dengan appreciation messages...
I would like to thank all the people who made the day specially especially my roommate, Suzy. Thanks a lot, you planned everything for my birthday celebration yesterday. I am truly touched sebab tak expect banyak pun. Kau asyik tanya aku bila nak ke MP sebab risau kantoi aku nampak kau ambik cake dari taxi driver. Susah payah tau lari sana lari sini. You're the cake maniac of the week! Satu hari semua tak nak layan aku. Thanks a lot, I love you to the moon and back. Roommate aku yang sorang lagi, Dayah, thank you tau bagi present teddy bear! Cute sangat.
To my classmates, Annim, Pris and Sylvia. Kamu pun datang ke bilik untuk celebrate sebab nak tolong buat preparation semalam. Blok kamu jauh gila tu dengan blok aku. Sanggup tau datang sobsss.
Last but not least, my good schoolmates (pemberontak kml) thank you very much sebab bagi collegemade cake. Tak sempat snap gambar sebab semua sibuk melantak haha! Tak ada kamu di sini, macam mana la aku hidup kaan.
Nak conclude, I really appreciated it a lot. You guys really made my day. Kamu semualah family aku di sini even though my family jauh kat Tawau. Let's make lots of great and beautiful memories here ok before we go to our own paths after this.
Bye!
"The moments may have gone but the memories will always last forever." - Suzyana Jalley.Update: Rahsia terbongkar. Actually tangan kanan Suzy ada telur yang dah masak. Memandangkan aku pilih kanan, dia cepat-cepat tukar dengan telur mentah yang lagi satu.
Happy Belated birthday! comel je tembaga lol
ReplyDeletehahaha thank you!
Delete
ReplyDeleteHi Fatin , I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)
Sweetnya kawan awak. Btw Happy Belated Birthday pretty
ReplyDeleteHaha thanks a lot! :)
Delete