Assalamualaikum wbt.
So this is my third post for today, hihi! Tantaraaaaa.
Aku sebenarnya nak share apa aku buat dengan classmate aku sepanjang jadi budak form five ni, tapi entah macam mana nak start. Aku saja jer nak release tension sebab masih duk mereput kat rumah kanz.
Ok kita mulakan dengan bismillah, aiseh
Gambar ni kat rumah Mei Ting, dia jemput kami ke rumah dia. Masa ni tengah Chinese New Year. Mei Ting tak ada kat dalam gambar tapi bukti ada, meja kerusi kipas dia yang punya. Tak semua jugak datang tapi best gak lah. Yang tak bestnya tak ada singa singa singgah. Tak ada lah bunyi dum dak dum dak bagai.
Haa ni pulak masa aku join Kem Kepimpinan yang dianjurkan oleh kakak kakak dan abang abang dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program ni masa bulan empat kalau tak silap aku, selama empat hari tiga malam. Malam yang pertama aku jatuh tersungkur. Sekolah aku tu sekolah harian tapi ada asrama. Aku tak tinggal asrama, so aku tak biasa lah bermalam kat situ kan.
Nak dijadikan cerita, masa tu sebelum nak solat Maghrib. Kami pun disuruh lah bersiap, bersihkan apa yang patut. Kalau tak silap, petang tu kami ada aktiviti halangan komando. Memang kotor dan basah gila ah time tu. Dah habis aktiviti, terima arahan kena bersihkan diri. Semua peserta pun duk lari lintang pukang sebab nak berebut bilik air. Aku kira yang pertama jugak lah sampai. Dah siap bersihkan diri apa semua, aku pun keluar lah melalui pintu dengan tergesa gesanya.
And then, "PAAAAAAAAAP". Yes. IT WAS HURT. Lantai tu licin gila. Kakak kakak UMS tu apa lagi, sekali tiga orang bawa aku ke bilik. Semua tanya, "Ok ke dik?" "Betul tak sakit?" "Kenapa tak bagitau tak boleh ikut aktiviti lasak?". Aku hanya mampu senyum dan akhirnya, tears streaming down my face. Aku cakap lah kalau dah hyper active memang tak ingat dunia dah, semua aktiviti aku nak ikut time tu. Dan akhirnya aku tak dibenarkan ikut semua aktiviti sampai lah hari terakhir. Sedih.
Ok dah habis cerita pasal tu. Aku sekumpulan dengan dua orang abang form 6, tiga orang adik form 3 dan satu orang form 2. Kiranya aku sorang jer lah budak form 5 kat situ. Kalau diikutkan hati, aku tak nak join sebenarnya. Tapi disebabkan aku salah sorang pegang jawatan tertinggi dalam Badan Pengawas Sekolah, terpaksa jugaklah join. Tak pasal pasal kena cakap dengan cikgu. Nama kumpulan dapat nama Harimau. Hmmm memang harimaulah padahal tak ada lah harimau sangat. Apa apa pun, dalam program ni aku dapat banyak input walaupun tak dapat join aktiviti yang dorang buat.
Ok next,
Ni classmate aku, budak Sains Tulen 1 tapi perangai entah apa apa entah. Masa ni kami buat aktiviti amal, kami bersihkan kawasan dan bilik kat Rumah Warga Tua Air Panas Tawau. Kat sana, kebanyakan Chinese tapi aunty dan uncle semua friendly. Aktiviti ni sebenarnya kami buat untuk laksanakan Projek Sivik kami tapi tak sangka pulak boleh se-best ini (yah).
Kami dengar cerita daripada warga tua di sana, menari dengan dorang dan yang paling tak boleh tahan, nangis dengan dorang. Sangat sedih bila ingat balik. Ada sorang pacik tu, dia mengalirkan air mata sebab tak sangka ada jugak budak umur macam kami ni nak ziarah tempat dorang. Sudi nak bersihkan kawasan.
Selesai bersihkan kawasan, kami pun pergi berehat dan lunch. Lepastu, penutupan majlis. Dah settle semua, kami pun berkaraoke dengan uncle dan aunty yang ada kat situ sementara menunggu bas sampai.
Ok kami sekelas lagi, hihi. Tapi pasal ni panjang gila nak cerita. In sha Allah lain masa, aku create post khas untuk ni. Masa ni kami sekelas join Kem Kecemerlangan KRK kat Semporna, Sabah. SMK Datuk Panglima Abdullah jadi tuan rumah tahun ni. Tahun depan sekolah kami pulak! Enam buah sekolah join program ni. Sekolah sekolah yang join dari Kunak, Sandakan, Balung, Lahad Datu termasuklah Tawau dan Semporna. Memang sempoi lah kem ni. Actually kami tengah exam first semester masa program ni. 4 hari 3 malam pulak tu. Tak pasal pasal, lepas balik dari kem, tujuh orang tak hadir ambik paper Maths termasuklah aku, ahaks!
Ni pulak masa seminar Bahasa Inggeris kat satu sekolah rendah ni tapi aku lupa nama sekolah tu. 10 orang jer wakil SMK Kuhara, tu pun dari lain lain kelas. Nasib baik semua sekepala kalau tidak haaaaaa.
Kami sekelas lagi wuuuuuu. Dah tengok semua berbaju raya, ni masa tengah beraya ler. Kami pergi berziarah dekat lapan rumah jugak lah. Bermula di Ranggu, berakhirnya di Taman Semarak. Aiseh.
Ni pulak masa ahli PERPIS form 5 jadi ajk untuk amali sembelihan form 4. Aktiviti mencabut bulu ayam dan merebus ayam. Eh?
Hari terakhir belajar kat sekolah sebelum pergi berperang dengan SPM. Gambar kat atas, kami sekelas dengan Cikgu Sharifah. Cikgu Sha ajar kami BM dan berkhidmat sebagai guru kelas 5 ST 1 tahun ni. Gambar yang kedua, kami sekelas dengan Madam Fadzillah pulak. Madam Fay ajar subjek BI dan berkhidmat sebagai guru kelas 4 ST 1 tahun lepas. Dua dua cikgu ni kami sayaaaaang.
Ok dan yang terakhir,
Wefie dengan Sir Amsah lepas paper Biology haritu, hihi. Tamatlah status kami sebagai pelajar sekolah menengah dahhh. Even Sir Amsah sempat ajar kami dua bulan terakhir sebelum SPM dan lepas Cikgu Fatimah pindah, tetap jugak best. Alhamdhulillah semuanya dipermudahkan.
Kalau diikutkan hati, banyak lagi sebenarnya nak share tapi tapi tapi nanti terlebih lebih lah pulak kan? Mesti bosan jugak tu. Ayat terakhir khas buat adik yang nak habis sekolah tahun depan, cipta lah kenangan kenangan terakhir. Sebab bila dah habis semua mesti rindu. Rindu dengan semua. Nak jumpa, nak berkumpul semua pun belum tentu dapat.
Apa apa pun doakanlah keputusan SPM tahun ni meletop daboom daboom hendaknya. In sha Allah, kalau ada rezeki, ada lah tu. Sampai ketemu lagi yah!
Assalamualaikum.
Yours sincerely,
Amira.
Comments
Post a Comment